Daie.com

Home

Dari antum @ Korang @ you all..... | TaZkiYaTuN NaFsI | Galeri Daie | Raihan
RAIHAN

floppy.jpg

kumpulan Raihan menjadi satu kumpulan nasyid yang paling saya minat....nak tahu kenapa ??? sebabnya....

raihan06.jpg

raihan3.jpg

raihan2.jpg

 

Kumpulan RAIHAN ditubuhkan pada oktober 1996 oleh pengurusnya, Farihin Abd Fatah dari saki baki kumpulan The Zikr yang pernah dikenali oleh peminat nasyid sekitar awal 90-an. Kumpulan ini dianggotai oleh 5 orang ahli, Azhari Ahmad dari Gunung Panjang, Perak selaku ketua (bass),Nazrey Johani dari Ranau,Sabah selaku Vokalis,Che Amran Idris dari Pasir Mas, Kelantan (suara 2),Abu Bakar Md Yatim dari Johor Bharu (suara 3) dan Amran Ibrahim dari Keratong,Pahang (harmoni).selepas kematian Zarie Ahmad, Che Amran bertindak sebagai Ketua.

 

Raihan bermaksud wangian syurga, sesuai dengan matlamat mereka mahu menyampaikan dakwah Islam melalui nasyid.  Kemunculan album Puji-Pujian pada tahun 1997 membuka era baru buat dunia nasyid tanah air, di mana selepas munculnya album ini , satu semangat telah merebak dan tertubuhlah rakan rakan seperjuangan seperti Hijjaz, Rabbani dan Saujana yang masih kekal hingga hari ini. Album Puji Pujian yang berkonsepkan muzik perkusi sepenuhnya berjaya terjual lebih 600 000 unit, yang sehingga kini tak dapat ditandingi oleh mana mana artis lain.

 

Dari awal hingga tahun 2003, Raihan telah menghasilkan 5 album dan satu kompilasi, iaitu Puji Pujian, Syukur,Senyum,Koleksi Terbaik Raihan,Demi Masa dan Gema Alam. Dalam tempoh  ini, pelbagai anugerah telah diraih termasuk anugerah Kembara sebanyak 2 kali di  Anugerah  Industri Muzik (AIM) dan anugerah platinum bagi jualan album.

 

Setiap album Raihan mendapat sentuhan mereka sendiri, dan tidak banyak mendapat sentuhan orang luar. Mungkin dengan sebab itu mereka berjaya mengekalkan konsep perkusi dalam setiap album dari Puji Pujian hinggalah Gema Alam.  Dalam kesibukan kumpulan lain beralih arah ke muzik moden, kumpulan Raihan dengan berani meneruskan konsep ini. Menurut beberapa pendapat, irama sebegini tidak dapat pergi jauh jika tiada unsur muzik moden seperti gitar dan sebagainya. Pendapat sebegini tertolak apabila nasyid perkusi Raihan berjaya menerokai pasaran antarabangsa bukan saja di NusanTara, bahkan hingga ke Britain, New York, Cape Town dan selatan Cina . Raihan juga berani menampilkan bahasa asing seperti Kadazan Dusun (Odei Anak-album Syukur) dan bahasa Mandarin (Chibg Ai Cing Ai-Gema Alam) dalam meluaskan penyampaian mesej melalui nasyid.

 

Atas sebab inilah saya menjadikan raihan sebagai kumpulan yang paling saya suka . apapun  ini semua hanyalah pendapat saya melalui kajian saya sendiri. Terpulanglah pada orang lain untuk menerimanya atau tidak!!

 

 

 

Enter supporting content here